Menteri Kesihatan dari negara-negara komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital.<br /><br />Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir Khamis.
